Wednesday, 13 February 2013

"Parents, ibu & ayah, mama & papa, mak & abah, ummi & abi "

"assalamualaikum" jawabler.. :) dapat pahala tau :)
entry pertama aku iaitu tentang "Parents, ibu & ayah, mama & papa, mak & abah, ummi & abi" . siapa mereka? yup! sudah tentu adalah orang yang paling kita sayang dalam dunia ni.. :) banyak betul kan panggilan? tetapi maksudnya semua sama. mak dan abah adalah panggilan kepada ibubapa aku.. :)
ini adalah mak dan abah aku yang comel!

mak dan abah adalah insan yang paling berharga dalam hidup manusia. kerana apa. mereka lah yang 'memproduced' kan kita kat dunia ni tau. maknanya kat sini tanpa mereka mungkin kita tidak lagi wujud kat dunia ni. Allah menciptakan mereka untuk kita dilahirkan. jadi kita kena, harus, perlu dan WAJIB sayang mereka ni. ibu bapa adalah insan yang paling banyak berkorban untuk kita. bukan dari segi wang n penjagaan seharian kita malah kasih sayang yang mereka curahkan cukup telus, memberi kita didikan sehingga kita dewasa dan kita menjadi ibu dan ayah semula memikul tanggungjawab sebagai mana yang pernah mereka pikul... menjadi ibu dan bapa bukannya mudah.. even aku belum berkahwin, aku dapat rasakan besarnya tanggungjawab menjadi ibu dan ayah untuk membesarkan anak2. 

penah dengar pepatah 'anak itu ibarat kan putih yang perlu dicorakkan, jika cantik warnanya, baiklah die, jika tidak..hurm....'  

Mak aku seorang yang sangat memahami dan baik hati biarpun kadang2 garang juga.. tapi bertempat tau :D hehehe.. kasih ibu membawa ke syurga kan. Allah telah menulis untuk melahikan aku kedalam keluarga ini. mempunyai seorang ibu dan ayah sehingga sekarang. Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah! 

aku adalah anak bongsu. biasalah, anak bongsu ni manja.. kalau bercaka, kata aku je nak kena dengar, kalau nak sesuatu tu, mesti nak jugak, even susah nak dapat mesti akan apat punya. NAK JUGAK!!! inilah sifat aku kadang2.. kalau mase kecil dulu selalu uga aku memberontak dengan trademark "NAK JUGAK!!!".. tapi sekarang apabila berusia 21 tahun ni, aku terfikir tidak sepatutnya aku berkelakuan macam tu pada mak dan abah aku.. "what u give ull get back son". oh Ya Allah... jauhilah aku dengan dosa ini. aku tidak mahu anakku menjadi sepertiku.. 

bila bercerita tentang pengorbanan ibu bapa, terlalu sedih untuk diceritakan. aku menyesal kerana terlalu mendesak dan menyusahkan mak dan abah aku dulu. terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Mak abah.. jika itu yang kau pilih untukku, itulah utusan yang terbaik dari Allah yang ditetapkan untuk ku.. Mak dan abah adalah segalanya.. tanpa mak dan abah takkan ku lahir kedunia ini. xkan ku berjaya untuk menyedari sebuah hakikat. aku bersyukur kerana aku telah sedar. dahulunya aku berjanji kepada Allah sebelum ku dilahirkan.. tetapi setelah ku lahirkan aku lupa tanggungjawabku sebagai anak.. aku terlupa mak abah.. Ampun kan aku YaAllah...

mak abah..aku ingin kamu tahu bahawa jiwa dan ragaku hanya untukmu. dan kamu adalah pilihanku setelah Allah dan Rasulullah.. kau membesar dan mendidikku sehingga aku tersdar akan pengorbananmu... aku ingin menjadi anak yang solehah. mendoakan kan mu agar kamu diharamkan untuk api neraka. maafkan aku kerana menderhaka mu. restui aku jika membelakangkan diri kamu.. aku bersyukur dilahirkan daripada rahimmu ibu.. aku bersyukur di iqamatkan oleh mu Ayah.. aku bersyukur kepada Allah diatas kenikmatan ini.. untuk perjalanan yag singkat dan sementara ini, akan ku belayar dengan ilmu yang kamu didik dan pesan.. akanku sematkan mak dan abah dalam hati dan menjadi terutama dalam setiap langkahku..